Wednesday, May 13, 2009

Ya Allah.............(^_^)

false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..Allahuakbar

Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa Maha Kuasa,

Ya Allah..

Kau tenangkanlah hati ini,

janganlah Engkau bolak balikkan ia setelah Engkau berikan hidayah,

sesungguhnya tiada yang lebih berharga di dunia ini

melainkan nur imanMu..

Ya Allah..

bantulah aku untuk aku sentiasa mengingatiMu,

bantulah aku untuk aku sentiasa mensyukuriMu,

bantulah aku untuk aku memperbaiki amalanku,

pimpinlah diri yang lemah ini,

serta bantulah aku untuk menanamkan keyakinan di hati ini,

agar sentiasa menjadikan Engkau sebagai Pelindung dan wakil bagiku,

di setiap masa, di setiap keadaan,

agar diri sentiasa terpimpin demi mencari redhaMu,

bagi setiap perkara yang kulakukan dalam kehidupan yang sementara ini..

Ya Allah..

Engkaulah tempat aku bermohon,

tempat untuk aku mengadu segala-galaNya,

tempat untuk aku berserah,

tempat untuk aku berharap,

tiada yang lain bagiku,

cukuplah Allah sebagai Pelindung & Engkaulah sebaik-baik Pelindung..

Ya Allah..

tempatkanlah aku bersama hamba-hambaMu yang taat,

peliharalah hati ini agar sentiasa tenang dalam apa jua keadaan,

jauhkan aku dari tergolong dalam golongan orang2 yang berputus asa,

jadikanlah aku hambaMu yang syukur lagi redha,

padaMu aku berserah, padaMu aku berharap,

Tuhan Yang Mencipta dan yang menentukan setiap sesuatu,

aku percaya setiap sesuatu pasti tiada yang sia-sia,

semua kan ada hikmahnya,

sesungguhnya kepadaMu kembalinya segala urusan,

dan sesungguhnya kepadaMu jua tempat aku 'kan kembali,

Ya Hayyum Ya Qayyum...

Wednesday, February 18, 2009

Cantiknya Wanita

Allah swt berfirman: Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang cukup istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberi kenyamanan. Aku memberinya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. Aku memberinya kekuatan untuk mendokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetepan hatinya untuk terus berada di sisi suaminya tanpa ragu. Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ia adalah khusus miliknya untuk digunakan bila ia perlukan...

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.

-sahabatku-

Alangkah indahnya.....

Jika hati-hati kita dapat merasai kasih sayang dan ukhuwwah

Mengisi setiap nafas yang terhembus dengan mengingatiNya...

Alangkah indahnya...

Jika kata-katamu mengingatkan aku

Kata-kataku mangingatkanmu

Lalu jadilah kita umpama batu-bata saling memerlukan untuk membina bangunan yang kukuh

Tapi...

Betul juga kata sahabat...

Iman itu bukan angan-angan

Tetapi perlu dibuktikan dengan amalan...

Sahabatku

Hati ini sedih

Masih tidak mampu memberi rasa hati

Mungkin kerana hati ini keras

Mungkin kerana hati ini gelap

Mungkin kerana hati ini terhijab

Dan amat sedih jika hati ini mati

Maafkanlah kelemahan diri ini........

Sahabatku

Hati yang keras ini masih perlu di gilap

Perlu banyak dididik

Untuk menyentuh hati

Untuk menjernihkan hati

Untuk menghidupkan hati

Semoga Allah membuka jalan dan mempermudahkan perjalanan ini

Meredhai setiap langkah yang terhayun

Kerana perjalanan ini masih panjang dan berliku-liku....

Sahabatku

Jika hari ini aku terlalu gembira

Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...

Jika ku bersedih tanpa kata

Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta

Jika ku lemah tak berdaya

Ingatkan aku dengan kehebatan syurga...

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan

Ajaklah aku meleraikannya segera

Jika pernah hatimu terluka

Luahkanlah agar aku berubah..

Dan jika esok ku lena tanpa terjaga

Iringilah lenaku dengan kalungan doa...

Berjanjilah sahabatku

Ukhuwah kita untuk selamanya....


Wednesday, August 6, 2008



hope my dream come true!

jubah phD ni...jgn x tauuuu..huhu

moga beroleh 'keberkatan' . amin...

IPTB kebanggaanku=)

time jadi fasilitator Minggu Pengurusan Pelajar Baru intake Julai 2008...kat ne nih?hehe

Sunday, August 3, 2008

SaMpaiKaN peSaNku....

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Ahlan wasahlan Arabic

And thus my blog is born. I have been thinking for some time about how to best begin this project. I am in a curious situation. I am both a student and a teacher of Arabic. Teacher? Practical teacher to be..hehe.
I taught Arabic is simple when i was at secondary school. Now, i realize what thus thing are not like i taught before. I am now arabic student in Institut Perguruan Tuanku Bainun. My best tutor or mentor is Ustaz Mohd. Nazmi Desa (now Dr. but he refused to used that title even he had pass his PhD). I was very impressive with him. Later, he was my teacher at secondary school (Al-Irshad).
I was fortunate enough to have received allowance from BPG(Bahagian Pendidikan Guru) to come and study here for five and half year. I did a BED in PPPR PET as arabic language as a major course. I am interested in how people learn. I want to be active in Arabic language teaching and learning in the country and the world.
I hope that this blog will be of use to students and teachers of Arabic. More soon…