Tuesday, September 1, 2009

Lelaki Haram Bergelang Tangan

Lelaki Haram Bergelang Tangan
Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir. Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini. Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka. Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda, "Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan),buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad. Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun... sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam. Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah dikenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb. Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa. wallhualam.

ihsan dari Ustaz Zainuddin Hashim
Terima Kasih

Wednesday, May 13, 2009

Ya Allah.............(^_^)

false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..Allahuakbar

Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa Maha Kuasa,

Ya Allah..

Kau tenangkanlah hati ini,

janganlah Engkau bolak balikkan ia setelah Engkau berikan hidayah,

sesungguhnya tiada yang lebih berharga di dunia ini

melainkan nur imanMu..

Ya Allah..

bantulah aku untuk aku sentiasa mengingatiMu,

bantulah aku untuk aku sentiasa mensyukuriMu,

bantulah aku untuk aku memperbaiki amalanku,

pimpinlah diri yang lemah ini,

serta bantulah aku untuk menanamkan keyakinan di hati ini,

agar sentiasa menjadikan Engkau sebagai Pelindung dan wakil bagiku,

di setiap masa, di setiap keadaan,

agar diri sentiasa terpimpin demi mencari redhaMu,

bagi setiap perkara yang kulakukan dalam kehidupan yang sementara ini..

Ya Allah..

Engkaulah tempat aku bermohon,

tempat untuk aku mengadu segala-galaNya,

tempat untuk aku berserah,

tempat untuk aku berharap,

tiada yang lain bagiku,

cukuplah Allah sebagai Pelindung & Engkaulah sebaik-baik Pelindung..

Ya Allah..

tempatkanlah aku bersama hamba-hambaMu yang taat,

peliharalah hati ini agar sentiasa tenang dalam apa jua keadaan,

jauhkan aku dari tergolong dalam golongan orang2 yang berputus asa,

jadikanlah aku hambaMu yang syukur lagi redha,

padaMu aku berserah, padaMu aku berharap,

Tuhan Yang Mencipta dan yang menentukan setiap sesuatu,

aku percaya setiap sesuatu pasti tiada yang sia-sia,

semua kan ada hikmahnya,

sesungguhnya kepadaMu kembalinya segala urusan,

dan sesungguhnya kepadaMu jua tempat aku 'kan kembali,

Ya Hayyum Ya Qayyum...

Wednesday, February 18, 2009

Cantiknya Wanita

Allah swt berfirman: Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang cukup istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberi kenyamanan. Aku memberinya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. Aku memberinya kekuatan untuk mendokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetepan hatinya untuk terus berada di sisi suaminya tanpa ragu. Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ia adalah khusus miliknya untuk digunakan bila ia perlukan...

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.

-sahabatku-

Alangkah indahnya.....

Jika hati-hati kita dapat merasai kasih sayang dan ukhuwwah

Mengisi setiap nafas yang terhembus dengan mengingatiNya...

Alangkah indahnya...

Jika kata-katamu mengingatkan aku

Kata-kataku mangingatkanmu

Lalu jadilah kita umpama batu-bata saling memerlukan untuk membina bangunan yang kukuh

Tapi...

Betul juga kata sahabat...

Iman itu bukan angan-angan

Tetapi perlu dibuktikan dengan amalan...

Sahabatku

Hati ini sedih

Masih tidak mampu memberi rasa hati

Mungkin kerana hati ini keras

Mungkin kerana hati ini gelap

Mungkin kerana hati ini terhijab

Dan amat sedih jika hati ini mati

Maafkanlah kelemahan diri ini........

Sahabatku

Hati yang keras ini masih perlu di gilap

Perlu banyak dididik

Untuk menyentuh hati

Untuk menjernihkan hati

Untuk menghidupkan hati

Semoga Allah membuka jalan dan mempermudahkan perjalanan ini

Meredhai setiap langkah yang terhayun

Kerana perjalanan ini masih panjang dan berliku-liku....

Sahabatku

Jika hari ini aku terlalu gembira

Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...

Jika ku bersedih tanpa kata

Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta

Jika ku lemah tak berdaya

Ingatkan aku dengan kehebatan syurga...

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan

Ajaklah aku meleraikannya segera

Jika pernah hatimu terluka

Luahkanlah agar aku berubah..

Dan jika esok ku lena tanpa terjaga

Iringilah lenaku dengan kalungan doa...

Berjanjilah sahabatku

Ukhuwah kita untuk selamanya....