Wednesday, October 13, 2010
syukur..
antara yang mencabar pada semester akhir ini tentunya menyiapkan action research.. alhamdulillah hari ni, dah selesai seminar penyelidikan amalan profesionalisme keguruan..dengan tajuk pembentangan ' penggunaan teknik round table dalam pembelajaran koperatif dapat meningkatkan penguasaan bahasa arab dalam kalangan murid tahun 3'..
insyaallah byk lg yg perlu diperbaiki..hasil komen penilai ust rahim dan cik rohana td menunjukkan kajian ini masih perlu ditambah baik..
kesuntukan masa, idea dan tenaga menjadikan tugasan ini masih belum sempurna..
terima kasih yang tak terhingga buat pensyarah penyelia, ust zubir zakaria yang sangat byk membimbing dan membantu sy selama proses ini berlangsung..
Saturday, March 27, 2010
kesedaran.....
belum pernah lg rasanya saya meluahkan sesuatu isi hati dalam blog ini..
hanya nota2 yg di'copy' n 'paste' sj...boring jg blog mcm ni yek..
nk susun ayat, x pandai sgt..nk tulis diary, dah dikuburkan sejak 2008...
saya harap lepas ni, ilham, idea n cerita2 saya dapat di catat dalam blog ni..walaupun saya tahu hny saya sorang yang membaca n membeleknya..hihi
dah lama x lawat blog ni..(hampir lupa password tadi)
alhamdulillah,,hari ini saya mula nk mengggerakkan langkah...
sekarang ni saya kat umah (kpala batas) hometown la..walaupun tgh praktikum, di kala org len sibuk ngn tugas2 praktikum, saya pula terpaksa pulang ke kampung setiap minggu..nasiblah perjalanan umah sewa ngn hometown ni dlm 40 minit je..hehe..
nk kata terpaksa 2 x la juga, kesian kat mama..ramai2 anak 10 org..nk harap yg lekat di rumah tinggal si bongsu je sorang..2 pun malam2 kaki rayau..apa nk jd budak2 sekarang, suka sangat melepak...
jd, tanggungjawab ni saya ambil sekadar utk mama..tlg mama n family..kena juga memikirkan kak ela yg tgh blajar master kat uum setiap hr sabtu..mestilah tugas saya menjaga anaknya yang baru hendak membesar( kira saya ni baby sitter la ) heh..
letih juga ye jd ibu ni ( ibu saudara=)).mama kata, saya nnti kalau dah ada anak, x da masalah bab nk jaga bayi ni..sbb dah terbiasa dgn tugas2 mengasuh..maklumlah anak saudara dah 11 orang..ehem..tp, byk benda lg yg saya perlu blajar dr mama...
ok lah..saya nk fikir kerja n tugas minggu depan pulak..kerja2 praktikum bertimbun-timbun lg....action research n kkbi belum terlaksana...
ya Allah, bantulah hambamu ini dalam perjuangannya menuntut ilmu......
Tuesday, September 1, 2009
Lelaki Haram Bergelang Tangan
Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir. Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini. Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka. Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda, "Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan),buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad. Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun... sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam. Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah dikenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb. Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa. wallhualam.
ihsan dari Ustaz Zainuddin Hashim
Terima Kasih
Wednesday, May 13, 2009
Ya Allah.............(^_^)
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..Allahuakbar
Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa Maha Kuasa,
Ya Allah..
Kau tenangkanlah hati ini,
janganlah Engkau bolak balikkan ia setelah Engkau berikan hidayah,
sesungguhnya tiada yang lebih berharga di dunia ini
melainkan nur imanMu..
Ya Allah..
bantulah aku untuk aku sentiasa mengingatiMu,
bantulah aku untuk aku sentiasa mensyukuriMu,
bantulah aku untuk aku memperbaiki amalanku,
pimpinlah diri yang lemah ini,
serta bantulah aku untuk menanamkan keyakinan di hati ini,
agar sentiasa menjadikan Engkau sebagai Pelindung dan wakil bagiku,
di setiap masa, di setiap keadaan,
agar diri sentiasa terpimpin demi mencari redhaMu,
bagi setiap perkara yang kulakukan dalam kehidupan yang sementara ini..
Ya Allah..
Engkaulah tempat aku bermohon,
tempat untuk aku mengadu segala-galaNya,
tempat untuk aku berserah,
tempat untuk aku berharap,
tiada yang lain bagiku,
cukuplah Allah sebagai Pelindung & Engkaulah sebaik-baik Pelindung..
Ya Allah..
tempatkanlah aku bersama hamba-hambaMu yang taat,
peliharalah hati ini agar sentiasa tenang dalam apa jua keadaan,
jauhkan aku dari tergolong dalam golongan orang2 yang berputus asa,
jadikanlah aku hambaMu yang syukur lagi redha,
padaMu aku berserah, padaMu aku berharap,
Tuhan Yang Mencipta dan yang menentukan setiap sesuatu,
aku percaya setiap sesuatu pasti tiada yang sia-sia,
semua
sesungguhnya kepadaMu kembalinya segala urusan,
dan sesungguhnya kepadaMu jua tempat aku '
Ya Hayyum Ya Qayyum...
Wednesday, February 18, 2009
Cantiknya Wanita
Allah swt berfirman: Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang cukup istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberi kenyamanan. Aku memberinya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. Aku memberinya kekuatan untuk mendokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetepan hatinya untuk terus berada di sisi suaminya tanpa ragu. Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ia adalah khusus miliknya untuk digunakan bila ia perlukan...
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.
-sahabatku-
Alangkah indahnya.....
Jika hati-hati kita dapat merasai kasih sayang dan ukhuwwah
Mengisi setiap nafas yang terhembus dengan mengingatiNya...
Alangkah indahnya...
Jika kata-katamu mengingatkan aku
Kata-kataku mangingatkanmu
Lalu jadilah kita umpama batu-bata saling memerlukan untuk membina bangunan yang kukuh
Tapi...
Betul juga kata sahabat...
Iman itu bukan angan-angan
Tetapi perlu dibuktikan dengan amalan...
Sahabatku
Hati ini sedih
Masih tidak mampu memberi rasa hati
Mungkin kerana hati ini keras
Mungkin kerana hati ini gelap
Mungkin kerana hati ini terhijab
Dan amat sedih jika hati ini mati
Maafkanlah kelemahan diri ini........
Sahabatku
Hati yang keras ini masih perlu di gilap
Perlu banyak dididik
Untuk menyentuh hati
Untuk menjernihkan hati
Untuk menghidupkan hati
Semoga Allah membuka jalan dan mempermudahkan perjalanan ini
Meredhai setiap langkah yang terhayun
Kerana perjalanan ini masih panjang dan berliku-liku....
Sahabatku
Jika hari ini aku terlalu gembira
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...
Jika ku bersedih tanpa kata
Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta
Jika ku lemah tak berdaya
Ingatkan aku dengan kehebatan syurga...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan
Ajaklah aku meleraikannya segera
Jika pernah hatimu terluka
Luahkanlah agar aku berubah..
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga
Iringilah lenaku dengan kalungan doa...
Berjanjilah sahabatku
Ukhuwah kita untuk selamanya....